:: Usia Perkahwinan Ku ::

Wednesday, July 29, 2009

Proses Pengeluaran Susu


Pengeluaran susu bergantung pada keperluan dan penghisapan bayi kita. Anak saraf di dalam puting dirangsang apabila bayi menetek.

Kemudian isyarat dihantar ke otak yang menyebabkan pengeluaran hormon prolaktin. Hormon ini memulakan pengeluaran susu dalam buah dada.

Semakin kerap bayi menetek, semakin banyak hormon prolaktin yang dikeluarkan dan lebih banyak hormon bererti lebih banyak susu yang terhasil.

Kala bayi menyusu ia akan merangsangkan pengeluaran oksitosin yang menyebabkan susu mengalir keluar.

Walau bagaimanapun proses mudah dan semula jadi ini tidak akan berjaya jika anda kurang yakin dengan keupayaan diri untuk menyusu atau cemas dan mengalami tekanan.

Yang penting ibu mestilah berasa seronok dan positif untuk menyusukan bayinya.

Selain tu, ibu angkat juga boleh menyusukan bayi yang dipelihara bila bayi itu menetek dengannya dan proses itu sekali gus merangsangkan air susu ibu untuk mengalir.Ibu angkat pun boleh menyusukan bayinya. Ada kes-kes yang melibatkan ibu angkat yang berjaya menyusukan anak angkat mereka dengan jayanya (yang penting kita kene berpikiran +ve ye dan kuat semangat)

Sebagai persediaan sebelum kita mula bekerja, kita boleh membuat simpanan susu perahan semasa kita di dalam pantang. Jika kita simpan dari awal, InsyaAllah kita tidak akan terputus bekalan nnt, kecuali kita MALAS untuk membuat perahan atau bayi kita kuat minum.

Okey, selepas tempoh dua bulan, kita dah pun mula bekerja dan kita masih boleh terus menyusukan bayi.Mereka boleh menyimpan perahan susu dalam peti sejuk (bahagian dingin beku) beberapa bekas untuk kegunaan bayi dan boleh juga membuat perahan yang sama di pejabat.Untuk kemudahan para ibu yang menyusu, kita boleh minta kat bos kita adakan satu ruang atau bilik khas utk kita memerah susu.

Selain tu, kita juga perlu menjaga kesihatan, kebersihan dan makan makanan seimbang untuk penghasilan susu yang lebih banyak dan berkhasiat. Jika kita sakit atau menghidap sesuatu penyakit..kita juga layak dan boleh menyusukan baby kita. Tapi bagi penyakit HIV positif dan pesakit barah yang dalam rawatan tidak dibenarkan menyusukan baby kerana dikhuatiri menjejaskan kesihatan baby nnt.

Lagi satu kita perlu menolak tanggapan negatif seperti ada yang mengatakan ibu yang menyusukan bayinya akan menyebabkan buah dadanya melendut atau jatuh, itu tidak benar sama sekali.

Sebaliknya mereka akan mendapati buah dadanya elok asalkan mengenakan coli yang betul dan bersesuaian. Apa juga masalah mengenai penyusuan boleh diatasi andainya mereka merujuk kepada yang arif.

Apa yang penting ibu perlu sentiasa menjaga pemakanan mereka dan kebersihan dari awal mengandung sehinggalah bayi dilahirkan dan seterusnya.

Aku berharap sgt agar ramai ibu akan tampil untuk menyusukan anak mereka kerana mereka boleh melakukannya. Istilah susu kering atau apa sahaja, insya-Allah semuanya boleh diatasi. Rujuk kepada yang pakar jika anda mengalami masalah mengenai penyusuan ibu ini. Jika anda tidak tahu dimana utk merujuk..InsyaAllah aku akan membantu.

Blog Widget by LinkWithin

My Pet


pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets