Assalamualaikum,
Selamat pagi semua!!!!
Kembali lagi saya dengan segmen yang terbaru...eh eh segman ke...hari ni saya nak kongsikan minat saya dengan kawan-kawan. Almaklum lah sejak akhir-akhir ni saya rasa macam dah gila untuk melawa...tapi bukan untuk diri sendiri saja..untuk customer dan kawan-kawan saya. Ehem...saya bukan 'MAK ANDAM' tau, jangan salah sangka pula. Saya sekadar suka dengan kecantikan. Saya suka tengak orang perempuan macam saya dan kawan-kawan yang cantik. Bila tengok orang lain cantik, rasa sangat happy.
Kisahnya begini, saya dulunya tak tahu langsung bersolek. Tapi saya belajar sikit-sikit dari kakak saya. Jadi dia lah yang banyak mengajar saya tentang solekan ni. Lepas dari itu, saya semakin suka dengan solekan. Atas sebab itu, timbul lah minat yang mendalam tentang persolekan. Saya juga berusaha untuk menghadiri kelas solekan. Dan dari situlah saya dapat ilmu serba sedikit solekan. Lepas dari kelas tu saya selalu peraktiskan ke atas diri saya sendiri. Alhamdulillah saya rasa saya semakin mahir tapi masih banyak lagi yang saya perlu belajar. InsyaAllah bulan Februari depan saya akan menghadiri satu lagi kelas untuk memantapkan lagi kemahiran saya. Manalah tahu, ada bakat dan rezeki saya untuk membuat andaman pula. Lengkap sudah apa yang saya usahakan selama ini. InsyaAllah. Doakan saya ya.
Okey, nak bercerita tentang perkakasan solekan pula. Setakat ini masih belum lengkap dan saya sedang usaha untuk melengkapkannya..dan di sini ada beberapa saja lagi barang yang perlu ada. Kawan-kawan tengoklah gambar yang saya sediakan ini. Lepas ini pasti banyak muka-muka yang akan menjadi mangsa saya...tunggu...ok enjoy la ya.
ni sponge yang mak andam selalu guna. dah lama cari akhirnya jumpa juga...
ni pula Nutractor. Kini sangat popular dikalangan penggemar kecantikan.
Naturactor Cover Face m'beri kesan yg amat2 m'muaskn ht sape2 yg m'makainya..
Ia tidak berminyak, mampu menutup pegmentasi, parut, cela, jerawat,
Melindungi kulit dari sinar uv.
Bertahan hingga 12 jam, Tidak menutup pori-pori,
Ini juga dah lama mencari, akhirnya dapat jua. Tak sabar nak tunggu benda ni sampai
Berus 24 batang (lengkap)
Lipgloss...wahh semua colour saya suka